HAND SANITISER- CEGAH PENYAKIT BERJANGKIT


Kebelakangan ini, banyak isu-isu kesihatan yang melibatkan penyakit berjangkit. Sama ada melalui sentuhan atau udara. Paling terkesan adalah anak kecil kita. Sistem imuniti yang masih lemah, meningkatkan risiko mereka untuk mudah dijangkiti. Lihat saja ketika wabak HFMD menular tahun lepas, beribu-ribu kes dilaporkan dalam masa seminggu. Untuk ibu bapa yang menghantar anak ke taska dan tadika, pastinya sentiasa risau dengan kesihatan anak. Ada juga anak baru saja sembuh dari penyakit berjangkit sudah dijangkiti semula dek bercampur dengan kawan-kawan.
Awasi tanda-tanda HFMD ini.

Sis ingat lagi, tahun lepas, anak sulung sis dijangkiti HFMD selepas membeli barang di pasaraya. Puncanya mendapat jangkitan virus tu di troli yang disediakan. Memang ketika itu wabak HFMD baru saja bermula. Salah sis juga, tidak sediakan antibacterial wipe atau hand sanitiser untuknya. Tapi nasib baik anak sis tidak seteruk orang lain. Hanya beberapa bintik merah di leher, tapak tangan dan tapak kaki. Tidak merebak ke tempat lain. Tapi cukup untuk buat sis lebih peka selepas itu.

Satu badan sis sapu calamine lotion tu. Nasib baik la mood anak elok je.

Sejak dari kes itu, sis akan pastikan untuk sentiasa bawa antibacterial wipe dan hand sanitiser dalam beg. Kebetulan pihak Tasneem Naturel ada mengeluarkan hand sanitiser sendiri yang berasaskan produk semulajadi. Memang tepat pada masanya.


Amalan penjagaan kebersihan tangan perlu diterapkan kepada anak-anak untuk kesihatan yang lebih baik.

Apa yang menarik tentang Hand Sanitiser (HS) Tasneem ini, bahan asasnya ialah aloevera dan bertekstur gel. Dalam erti kata lain, ia pekat dan hanya cukup satu picitan untuk tangan anda. 

Selain itu, HS ini menggunakan Sireh sebagai ejen antiseptik yang mampu membasmi kuman yang biasa dijangkiti melalui tangan. HS Tasneem ini juga tiada kandungan bahan sintetik dan alkohol. Jadi ianya memang selamat untuk anda dan sikecil. Tidak perlu risau juga anak menghisap jari selepas menyapu HS.

Sireh sebagai ejen antiseptik.

Kebiasaanya HS di pasaran berbau ubat kan. Tidak HS Tasneem. HS Tasneem berbau wangi kerana terdapat Essential oil di dalamnya. Ketika awal pelancarannya, Tasneem mengeluarkan 3 variasi bau iaitu Berry, Geranium dan Spearmint. Rambang mata nak memilih, Bukan apa, pening nak memilih bauan mana. Hihi. 

Edisi awal hand sanitiser Tasneem Naturel.

Setelah habis stok pelancaran yang lalu, Tasneem kini hanya mengeluarkan 2 variasi bauan saja iaitu Berry dan Geranium kerana permintaan yang sangat tinggi untuk bauan ini. Kali ini dengan penambahbaikan rekabentuk yang lebih cantik dan kemas.

Wajah baru hand sanitiser Tasneem Naturel.

Sekarang ini, HS ni memang jadi kawan baik sis dan anak-anak. Setiap kali lepas menggunakan barang awam seperti troli, cepat-cepat sapu HS jika tak jumpa sumber air berdekatan. Anak sis yang berumur 18 bulan itu pun seronok kalau sis suruh dia sapu-sapu. Mungkin sebab tekstur dan baunya yang wangi ni.

Nak tau ke bagaimana bau HS Tasneem ini? 
Okey, untuk Geranium ia berbau seakan bau ros atau sirap ros tu.
Untuk Berry pula sis kategorikan sebagai bau manis. 
Sudah terbayang baunya bukan? Jaga-jaga, jangan dimakan pula HS Tasneem ini. 😆

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Hand Sanitiser Tasneem perisa Geranium ini adalah ekstrak sireh, aloevera, minyak geranium dan minyak ros. 

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Hand Sanitiser Tasneem perisa Berry ini adalah ekstrak sireh, aloevera, minyak kayu manis, citronella dan wildberry.

Jadi, mengapa anda perlu pilih Hand Sanitiser Tasneem ini?

1) Menggunakan bahan semulajadi dan satu-satunya hand sanitiser yang mengandungi minyak pati tumbuhan terbaik.
2) Berbentuk gel dan mudah disapu.
3) Jimat. Cukup hanya satu picitan untuk tangan anda.
4) Bau yang sangat menyenangkan. Wangiii.
5) Mudah disimpan dan dibawa.
6) Harga mampu milik setanding dengan kualiti.
7) Tiada kandungan alkohol dan bahan sintetik.

Nak tahu apa kata mereka yang pernah menggunakan Hand Sanitiser Tasneem ini? Jom kita lihat.
"Wangi, pekat! Pakai sikit dah cukup."

-Pengguna Hand Sanitiser Tasneem.

"It smell so good. Tak ada bau macam ubat langsung!"

- Cik Iqa, Malaysia.

" Fall in love sangat dengan hand sanitiser Tasneem ni, Sebelum ni pakai brand lain semua jenis melekit. Tak berapa suka sangat. Tapi hand sanitiser Tasneem elok meresap. 
Dah pakai berry dan geranium, asyik nak cium tangan je. Wangi!"

-Pengguna Hand Sanitiser Tasneem.


Jadi, sudahkah anda memilih untuk keluarga anda? Ayuh bersama kita mencegah penyakit berjangkit.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi sis seperti di bawah:


Lin Jamal
Trusted Agent Tasneem Naturel


Comments

Post a Comment

Popular Posts