10 TIP LEGAKAN JAHITAN EPISIOTOMI

Apa itu episiotomi?

Prosedur episiotomi melibatkan potongan menggunakan gunting khas di kawasan perineum untuk meluaskan bukaan agar  proses kelahiran bayi berjalan lancar.

Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung. Ia kemudian dijahit sebaik sahaja bayi dan uri berjaya dikeluarkan.

Dalam prosedur ini, bius biasanya disuntik ke kawasan perineum terlebih dahulu. Potongan episiotomi dilakukan ketika perineum meregang dan tipis. Jarang sekali kesakitan ketika potongan dapat dirasai oleh ibu. 








Walau bagaimanapun, proses penyembuhan luka episiotomi ini rata-ratanya dilalui dengan penuh cabaran. Ada yang sukar duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar.



Berikut 7 tip untuk melegakan jahitan episiotomi:



1. Mandi air suam dengan kerap. Tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut yang bersih.


2. Berikan pengudaraan yang baik di kawasan terbabit 2 kali sehari. Dedahkan ke udara dalam 10 minit.


3. Jika  anda sakit untuk duduk, cari pelampung bulat dan duduk di atasnya. Tiada pelampung? Gunakan tuala dan bentukkan seperti donat.


4. Ibu boleh memilih untuk menggunakan pad gel dingin atau ice pack. Kedinginan tersebut akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkannya dari bengkak.


5. Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian terbabit. Ia amat berkesan menyembuhkan luka dengan segera.


6. Berjalan dapat menggalakkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan. Tapi ingat, hati-hati ketika berjalan.


7. Sekiranya perlu, ambil paracetamol. Rujuk doktor anda dahulu.



Jika sakit yang dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dikhuatiri luka episiotomi ibu dijangkiti kuman.


Biasanya luka episiotomi akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Pastikan kawasan luka sentiasa kering.


Comments

Popular Posts