7 TIPS MENGATASI ANAK MENGAMUK DAN TANTRUM


Sukarnya mengawal anak yang sedang mengamuk kan.
Bukan saja di rumah, di tempat awam pun anak mahu buat perangai. Mak ayah sering meletakkan kesabaran di tahap tertinggi.


Berikut adalah 7 TIPS UNTUK MENGATASI ANAK MENGAMUK DAN TANTRUM.





1. BERI TEMPOH BERTENANG.


Untuk mengawal keadaan yang genting, sangat penting untuk ibubapa yang bertenang dahulu. Jangan tunjuk muka garang. Buat relax sahaja. Pergi jauh daripada anak dan berikan masa untuk mereka bertenang. Pasti anak tertanya-tanya, kenapa ibu tak layan ni.

Ini dinamakan reverse physocology.


2. ALIH PERHATIAN ANAK.

Jika anak meronta-ronta inginkan sesuatu, segera alihkan perhatian mereka. Pergi ke tempat lain, atau tunjuk apa saja yang menarik. Perasan tak, orang dulu-dulu, pasti akan menunjuk ke langit untuk mengubah fokus anak. Anak yang sedang menangis, pasti terdiam bila melihat burung atau sebarang objek di langit.



3. BERSIFAT TEGAS.

Sesekali kita sebagai ibubapa perlu bertegas dalam mendidik anak. Biar mereka belajar bagaimana mengawal perasaan marah dan kecewa. Bukan semua benda yang diinginkan mesti dipenuhi.

Ingat! Kita sedang mendidik generasi masa hadapan. Jika sekarang tidak boleh menghadapi kekecewaan, bagaimana pula bila besar nanti.


4. PUJUK.

Setelah anak bertenang, tanya mereka apa yang mereka mahu. Ibubapa perlu memberi sebab kenapa semua kemahuannya tidak boleh dipenuhi. Biasanya, ketika ini anak akan lebih mendengar kata dan mudah menerima arahan. Pujuk mereka dengan kata-kata yang lembut dan berhemah.

Ungkapkan perasaan sayang kepada anak.


5. JANGAN LAYAN

Kebiasaannya, anak saja menangis, meragam dan buat perangai kerana mereka tidak dapat apa yang mereka nak.

Perasan tak, apabila makin dilayan tantrum anak itu, semakin kuat tangisannya?

Apa yang ibu perlu buat?

Kentalkan hati. Jangan layan. Terus berlalu pergi. Percayalah, tempoh tantrum itu akan menjadi singkat.



6. TIDUR.

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti. Pastikan keperluan tidur mereka cukup.

Perasan tak, anak-anak yang cukup tidur di malam hari akan bangun dengan mood yang elok dan ceria. Tiada drama pagi-pagi sebelum ke taska atau sekolah. Malah mereka lebih bersemangat untuk melalui hari tersebut.


7. DENGAR LUAHAN HATI ANAK.

Untuk anak yang sudah petah berkata-kata, pasti ada saja cerita yang ingin disampaikan. Wahai ibubapa, dengarkan luahan hati mereka. Berbual dari hati ke hati sebelum tidur. Tanya mereka, apa yang mereka mahu. Beritahu juga apa yang tidak disukai oleh ibubapa. Pastinya aktiviti sebegini akan mengeratkan lagi hubungan ibubapa dan anak.





Tahukah ibu-ibu sekalian, penggunaan essential oils boleh membantu memberi kesan relax dan tenang pada diri. Di Tasneem Naturel, kami sangat menggalakkan penggunaan CALM TIME balm untuk merangsang mood tenang ini. Ia diadun dengan campuran minyak pati tumbuhan terbaik. Balm ini selamat digunakan seawal usia bayi hingga dewasa.



Kandungan minyak pati di dalam CALM TIME balm ini.



Telah banyak feedback positif dari ibu-ibu Malaysia yang sangat berpuas hati. Ia bukan saja membantu memudahkan urusan harian mereka, malah dapat mengawal emosi untuk menjadi lebih tenang dan ceria.



TESTIMONI CALM TIME BALM


"Baby asuhan tak sihat hari ni. Sakit mulut. Tapi dari pagi saya sapu tipis-tipis, 3 kali lepas mandi sampailah ke petang ni, Alhamdulillah baby nak duduk dalam walker. Letak bawah, tak meragam. Calm balm ni serasi dengan baby."

Puan Amy.




"Anak cheq memang suka buat hal. Tambah-tambah bila balik kampung.
Amukan dia kadang-kadang buat cheq menangis.

Tapi hari ni cheq menangis di atas keizinan Allah menggunakan balm ni, anak cheq berubah menjadi anak yang baik dan mendengar kata."

Puan Ina, Kedah.





"So far, aku yang cuba pakai. Calit sikit, emosi under control."

Puan Fery.





"Kawan beli untuk bawak baby dia naik long flight. Baby tak mengamuk lepas sapu balm."

Puan Has.




Lin Jamal
Trusted Agent Tasneem Naturel
FB: Mama Peduli_Tasneem Naturel


Comments

Popular Posts