ANDA HAMIL? ANDA BEKERJAYA? LAKUKAN INI UNTUK TERUS AKTIF DAN EFISYEN

Tidak semua mengalami pengalaman mengandung yang mudah. Ada yang perlu sentiasa baring dan berehat. Bagi ibu hamil yang bekerjaya, pasti akan membataskan pergerakan dan mengganggu prestasi kerja mereka.

Berikut ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk membantu anda mengharungi minggu-minggu kehamilan yang mencabar, sekaligus memastikan kualiti kerja tidak terganggu.


1. Sediakan snek sihat.

Memakan biskut rangup boleh membantu menghilangkan rasa loya di awal-awal minggu kehamilan. Minum banyak air sepanjang hari untuk mengelakkan dehidrasi. Amalan ini dapat membantu mengurangkan masalah morning sickness yang dialami.







2. Lebihkan protein dan zat besi.

Kita akan merasa lesu ketika bekerja. Ianya normal. Ini disebabkan bebanan tugas  harian yang mendorong tenaga diserap selain tubuh terpaksa bekerja lebih kuat berbanding biasa.

Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak makanan yang mengandungi protein dan zat besi agar mampu mengekalkan tenaga berterusan.

Sumber protein dan zat besi: Telur, susu, daging merah, udang, kacang hijau, biji-bijian, bayam, brokoli, buah delima, madu.


3.Banyakkan pergerakan.

Melakukan beberapa pergerakan sangat bagus untuk mengelakkan takungan air di bahagian kaki dan betis. Bengkak di kaki dan betis merupakan salah satu punca ketidakselesaan yang dihadapi semasa hamil seiring dengan pertambahan usia kandungan.


4. Makan vitamin pranatal.

Vitamin yang dibekalkan oleh doktor sepanjang kehamilan penting untuk memenuhi keperluan harian seorang bakal ibu dan ia membantu menambah mana-mana kekurangan zat makanan. Pastikan makan mengikut saranan doktor.







5. Lindungi diri dari matahari.

Bagi ibu hamil yang sering melakukan kerja yang terdedah kepada matahari, sapulah losyen pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada terus terdedah kepada cahaya UV. Pastikan losyen mengandungi zink oksida telus, zink iksida mikron atau titanium dioksida. Produk yang mengandungi bahan-bahan ini kurang mengandungi kimia.







6. Makan dengan sempurna.

Tetapkan waktu makan dan ambillah makanan yang berkhasiat. Jangan menurut nafsu dengan mengambil minuman segera dan biskut semata-mata. Ambil makanan kaya serat, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Piramid makanan



7. Minum banyak air.

Sediakan bekas minuman di meja kerja anda dan minumlah sejam sekali. Air kosong ye. Bukan minuman segera. Selain itu, anda juga boleh minum susu rendah lemak bagi memenuhi keperluan kalsium harian dan jus buah-buahan segar yang penuh dengan serat.



Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.



8. Berdiri dan duduk dengan betul.

Duduk dan berdiri dengan bahu dan bahagian belakang kendur. Apabila duduk, kaki perlu menjejak lantai. Ingat ye, pusat graviti dan titik keseimbangan telah berubah. Jika perlu berdiri dalam tempoh yang lama, letakkan sebelah kaki di atas bangku yang rendah. Pastikan sebuah bangku kecil sentiasa berada di bawah meja kerja anda.



 Cara duduk yang betul untuk ibu hamil



9. Berehat seketika.

Manfaatkan waktu rehat sejam dengan tidur seketika agar tubuh anda mampu mengecas tenaga. Lakukan senaman regangan ringkas setiap 1 -1 1/2 jam untuk membantu anda lebih segar dan bertenaga. Pasti anda dapat menyelesaikan tugasan di pejabat dengan baik dan mengurangkan tekanan kerja.



Beberapa senaman ringkas yang boleh dilakukan ibu hamil. 

Comments

Popular Posts