CALM OIL TINGGAL KENANGAN

Masa perasmian Tasneem Naturel x Omar Hana (TNxOH) Oktober  2018 hari tu, HQ ada keluarkan massage oil limited edition iaitu Calmtime dan Trub. Dapat secara percuma untuk belian Gift Box set TNxOH ni. Memang menjadi rebutan la di kalangan ejen Tasneem sendiri. Sebabnya apa? Memang takkan keluar lagi lepas ni. Semua free gift yang HQ sedia tu limited quantity, limited edition. Sis kira bertuah dapat grab 1. 



Pergi kelas pun sis bawa Calm oil ni. Dengan harapan dapat bertenang dalam kelas.



Sis kan memang suka pakai Calm Time balm tu, jadi bila ada dalam bentuk massage oil, mestilah tak lepaskan peluang untuk grab. Pergi ke mana-mana pun, sis bawa je oil ni sebab senang masuk dalam beg. Kira jadi barang kesayangan sis la.

Anak sis yang bernama Nayli tu memang pantang kalau sis leka kejap. Dia nampak je botol massage oil ni, cepat-cepat dia ambil. Berkenan betul dia. 

Dijadikan cerita, satu hari tu, sis terlupa untuk simpan balik lepas guna. Sis letak je bawah sofa (dengan harapan Nayli tak perasan la). Sis buat kerja rumah macam biasa, nak menyidai baju masa tu. Tinggallah Nayli seorang di dalam rumah.

Kebiasaannya, kalau sis menyidai baju atau buat apa-apa kerja luar rumah ni, Nayli akan bising-bising, panjat pagar la, nangis sikit-sikit. Tapi hari tu, dia senyap je. Sis curious juga. Pelik ni. Tak apa lah, sis bersangka baik. Dia tengah seronok mainlah tu. Sis pun tenang-tenang je menyidai baju sampai siap.

Lepas siap tu, masuk je rumah, sis nampak Nayli pegang botol Calm oil ni. Apa lagi, sepantas kilat sis ambil dari tangan dia. Bila dihidu mukanya, sah! Memang bau calm oil ni. Nayli berjaya buka penutup botol. Sis pun tengok kuantiti dalam botol. Okey ada 3/4 isian lagi. Memang nampak la luaknya. Calm oil ni sangat jimat uols. Sis pakai banyak kali dah, tapi macam luak 1/10 je. 

Berbalik pada Nayli, sis cuci tangan, muka dan mulut dia. Takut dia masukkan dalam mulut. Kalau setakat sapu-sapu kat muka dan tangan, sis tak risau. Lepas siap cuci mulutnya, sis pun ambil semula botol calm oil ni, nak lap la lelehan kat luar botol tu. Yang magiknya, lepas sis lap, isi dalam botol jadi kosong!

Eh, biar betul ni?
Mata aku salah  tengok ke?

Bila tengok kain lap, habis meresap calm oil tu kat situ. Bila dibelek botol, rupanya botol retak dan masa sis lap-lap tu, botol pecah terus. 


Calm oil. Selepas kejadian. 😭😭😭

Perasaan sis masa tu?
Sedih yang tak terkata. Tak ada pula rasa nak marah ke anak.
Mungkin sebab yang pecah tu calm oil, memang sis jadi bertenang sangat. Minyak meresap masuk dalam badan sis dah. Tapi, hilang yang tak berganti la calm oil ni. HQ pun tak pasti lagi nak keluarkan bila. Maka berhuhu la sis.

Nayli?
Of coz la dia watlek watpis je. Dah lumur calm oil kat muka tangan semua. Maunya tak bertenang. Anak ooo anak.

Comments

Popular Posts