CALM TIME Balm Bantu Atasi Masalah Ragam dan Tantrum Anak

Semasa mula-mula kenal balm Tasneem dulu, sis berkenan sangat dengan bau Calm Time balm ni. Baunya sangat lembut dan sangat menenangkan. Dengan bauan saja, boleh rasa kendur urat-urat yang tegang tu.


Fungsi Balm Calm Time


Balm Calm time sesuai digunakan untuk anak yang kerap meragam, tantrum. Ia membantu memberi rasa tenang dan lebih ceria. Selain itu, ia juga sangat disarankan untuk disapu pada bayi yang mempunyai masalah tidur. Ini kerana, bayi yang baru lahir biasanya dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru. Ada yang jadi sukar tidur kerana rasa gelisah dan rasa jauh dari ibu. Dengan sapuan tipis balm ini, ia bantu bayi untuk bertenang dan akhirnya mudah untuk tidur.






Apakah kandungan Calm Time balm ini?



Balm Calm Time ini dirumus dengan 8 jenis minyak pati (essential oils) berkualiti tinggi iaitu, Mandarin, Geranium, Bergamot, Lavender, Orange, Frankinsence, Roman Chamomile dan Marjoram.


Minyak pati yang terdapat di dalam Calm time balm.


1. Mandarin

Diekstrak dari bunga daun dan buahnya. Dikatakan minyak pati terbaik untuk meredakan loya-loya. Ia juga membantu mengurangkan masalah imsomnia.


2. Geranium

Diekstrak dari batang dan daun.
Ianya mampu melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah.


3. Bergamot

Aroma segar bergamot dapat merangsang ketenangan dan rasa relaks dalam diri. Ia mampu mengurangkan ketegangan otot. Malah minyak pati bergamot ini banyak digunakn di dalam industri minyak wangi. 

Minyak pati bergamot juga bertindak sebagai antiseptik  di mana ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia membantu meredakan beberapa penyakit kulit seperti ekzema, dermatitis dan psoriasis.


4. Lavender

Minyak pati lavendar berfungsi memperlahankan aktiviti sistem saraf, memberi rasa relaks dan meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami gangguan tidur.


5. Orange

Minyak pati orange kaya dengan antioksida d-limonene.
Ia membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan. Selain itu, minyak pati orange boleh membantu anda lebih fokus dan produktif. Ia juga membantu menaikkan mood anda agar anda kurang stress dan murung.


6. Frankinsense

Minyak pati frankinsense pula berperanan melegakan rasa bimbang dan tekanan seseorang. Ia juga membantu merehatkan saraf dan meredakan kemarahan.


7. Roman Chamomile

Baunya sangat menenangkan dan siapa sangka ia mempunyai antioksidan yang tinggi. Minyak pati chamomile ini juga membantu menyokong sistem imunisasi.


8. Marjoram

Marjoram juga dikenali sebagai 'Wintersweet' atau 'Joys of mountain'. Marjoram ini bersifat menenangkan serta menyokong sistem imun badan. 

Bertindak terhadap sistem saraf dan seterusnya memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular anda dengan meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.

Minyak pati marjoram banyak digunakan untuk merawat masalah kemurungan.



Bagaimana menggunakan Calm Time balm ini?

Bagi bayi, untuk permulaan adalah disarankan di sapu di bahagian tapak kakinya dahulu. Jika tiada tindak balas yang pelik, bolehlah teruskan sapuan di nadi belakang telinga, nadi pergelangan tangan dan tulang belakang. Sapuan tipis sudah memadai. Boleh juga kalau nak calit sikit di hidung anak.


Cara sapuan Calm Time balm.



Siapakah yang sesuai untuk menggunakan Calm Time balm ini?

  • Anak yang kerap meragam, tantrum.
  • Bayi yang sukar tidur.
  • Orang dewasa yang sukar mengawal emosi.

Sebenarnya balm ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Kadang-kadang tu, bila sis rasa emosi tak stabil, cepat-cepat sapu di bahagian tertentu. Alhamdulillah, urat tegang tadi menjadi kendur. Tak jadi nak bertukar singa. 


Di bawah beberapa testimoni pengguna Calm time balm yang berpuas hati.



"Alhamdulillah, sumayyah serasi dengan calm balm ni. Sapu-sapu 10 minit je terus tidur. Memula susah nak tidur, asyik ajak main, sekali ibu ambil calm time ni, sapu belakang telinga, nadi tangan, tapak kaki, 5 minit menyusu kejap, terus tidur."


Puan Wani,
Taman Tun Aminah





SAPU CALM TIME MASA NAK KELUAR RUMAH DAN LEPAS PENAT MAIN



"Alhamdulillah, masa nak keluar rumah dan lepas penat main, sapu balm Calm Time. Anak dah tak ada mengamuk kat mall lagi, sebaliknya mood baik dan happy. Mommy pun sama happy 😊 "




Puan Zurin,
Pengguna balm Calm Time



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi sis seperti di bawah:


Lin Jamal
Trusted Agent Tasneem Naturel

Comments

Popular Posts