CARA MENGATASI IMSOMNIA/ MASALAH SUKAR TIDUR.



Masalah sukar tidur di kalangan anak-anak dan orang dewasa pasti akan memberi kesan dalam kehidupan seharian mereka. Bagi bayi, kurang tidur akan menggangu proses tumbesaran mereka. Bagi orang dewasa pula pasti akan mengganggu emosi dan kualiti dalam kehidupan seharian mereka.










Bagi mereka yang bermasalah untuk mendapatkan tidur yang lena, pakar insomnia yang juga Ketua Perubatan Tingkah Laku Tidur di Universiti Rochester, Dr Michael Perlis memberi petua untuk mendapatkan rehat secukupnya sekaligus menjauhkan masalah tidur termasuk:


  • Lebihkan senaman sama ada senaman fizikal atau mental.




  • Tentukan waktu tidur yang tetap.

  • Tingkatkan suhu tubuh sebelum tidur misalnya dengan mandian air suam.

Mandian air suam akan membantu meregangkan ketegangan badan.


  • Biarkan bilik tidur dalam keadaan gelap terutama apabila usia meningkat. Ini kerana, sedikit cahaya dan bunyi saja boleh mengganggu tidur terutama di kalangan mereka yang lebih tua.


Suasana bilik tidur yang selesa dan pengcahayaan yang kelam membantu memudahkan tidur.


  • Persekitaran yang hangat memang menyukarkan tidur sebaliknya suasana tidur lebih sesuai dalam cuaca yang sejuk sambil berselimut.

  • Bagi mereka yang gemar memelihara binatang, usah tidur dengan haiwan berkenaan. Selain menyebabkan alahan, haiwan peliharaan mungkin bergerak di katil hingga menyebabkan anda terjaga.

  • Apabila kurang tidur pada waktu malam, tidur sekejap pada waktu siang keesokan hari tidak banyak membantu corak tidur pada waktu malam. Malah anda mungkin masih tidak dapat tidur nyenyak pada malam berikutnya.

  • Hadkan pengambilan kafein iaitu hanya satu cawan kopi pada waktu pagi. Secara perlahan-lahan kurangkan kafein jika anda memang mempunyai masalah tidur.


Comments

Popular Posts