RESTORAN ACU TERA SOTONG, IKAN DAN UDANG CELUP TEPUNG



#JJCMedisiKelate

Okey, kali ni nak kongsi Ikan Celup Tepung cap Kelate pulak.

Terletak di Jalan Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan, Restoran Acu Tera menghidangkan pelbagai menu celup tepung yang menarik. Makanan laut yang dipilih segar-segar belaka.



Pada hari itu, kami sampai hampir jam 3 petang. Kelihatan kawasan agak lengang. Ye lah. Cuaca pun panas lagi. Orang lain tentu ada yang baru makan tengahari.


Untuk sampai ke sini, kami melalui jambatan kecil yang boleh memuatkan satu hala kenderaan sahaja dalam satu masa. Kemudian kami melalui lorong di antara rumah-rumah di situ. Di hujung jalan, kelihatan satu tembok batu yang tinggi yang menghalang pandangan terus ke laut. Tetapi angin laut masih dapat dirasai.


Kedai ini menyediakan ruang makan yang banyak. Boleh pilih di dalam atau di luar. Disebabkan cuaca agak panas, kami memilih untuk duduk di dalam. Kalau malam-malam, memang lagi feel makan berbumbungkan langit.


kredit kepada pakcik google. Hari tu lupa pula snap gambar kedai.


Yang ni pun kredit kepada pakcik google.



Pada hari itu, kami memesan ikan, udang, sotong, kerang, keropok lekor dan campuran sosej. Semua digoreng celup tepung. Air pula, semestinya air kelapa. Ada pilihan lain seperti air buah-buahan dan coconut shake.


  
Ikan celup tepung a.k.a ICT.



Sotong celup tepung.



Udang celup tepung.


Maaflah, ini saja gambar yang sempat diambil ketika itu. Masing-masing tak sabar nak makan. Sekejap saja licin pinggan. Sedar-sedar orang dah penuh di sekeliling. Hahaha. Kawasan parking yang lengang tadi, jammed. Hingga perlu bantuan RELA untuk mengawal lalu lintas.



Jarang-jarang jumpa di tempat lain. Kerang celup tepung.



Duduk tepi pantai, mesti kena ada keropok lekor.




Air nyior. Segar.



Selesai makan, niat di hati nak memanjat tembok batu tu. Tapi disebabkan mama ada ‘handbag’ ni, pergerakan terbatas. Dapat panjat separuh je.



Ini saja pemandangan laut yang boleh diambil hasil penat memanjat tembok batu-batu ni. 
Dalam hati dupdapdupdap, takut juga tergelincir.




Tembok batu-batu. Sangat cantik untuk ambil gambar.



Jadi kawan-kawan yang ingin mencuba makanan celup tepung selain di Pantai Cahaya Bulan, mama cadangkan cubalah tempat ini. Jangan lupa posing kat situ tau.

Comments

  1. Fuh. Kena try ni kalau balik kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila.sila. nak ke pantai penarik rasa jauh kan, ni ada yang dekat sikit.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts