KISAH 1 - 1 = 10

Disember 2018

Sabtu yang lepas, di dalam seminar database, ada satu slot yang sangat terkesan di hati mama.

Tuan Fahdi keluarkan RM 1, 10 dan 50 untuk ditukarkan dengan 10 sen. Ya tuan puan, 10 sen.


Maka berlumba-lumba orang untuk membuat pertukaran.
Yang bertuah, 3 manusia hebat ini.

Maka Tuan Fahdi bertanya, apa kebaikan yang mereka telah buat sebelum ini, hingga Allah pilih untuk dapat rezeki pada hari ini.


Penerima RM 1.
"Saya belikan rumah untuk mak saya. Tunai. Dan Allah gantikan 10 kali ganda rezeki pada bulan-bulan berikutnya."

"Berapa harga rumah?"

"RM 49 K, Tuan."



Benarlah tuan puan, sifir Allah, janji Allah itu benar.

1 kebaikan yang kita buat dengan ikhlas, Allah janji membalasnya dengan 10 atau lebih lagi kebaikan.



Sifir Allah yang Maha Hebat



Buat apa yang Allah suka, maka Allah akan beri apa yang kamu suka.

Ayuh buat lebih banyak kebaikan dengan ikhlas.




Lin Jamal,
Berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.

Comments

Popular Posts