MAKARONI BAKAR MUDAH LIN'S STYLE
Bila malas nak makan nasi di malam hari, mulalah mama memikirkan menu yang mudah dimasak. Selongkar peti, jumpa bahan-bahan yang agak sesuai, then terus masak.
* Kalau nak sedap, boleh tabur cheese kat atas tu sebelum dibakar. Cheddar atau mozarella.
* Saya nak letak sosej la, boleh ke? Bisa sajaaa. Hahaha. Resepi ni ikut citarasa masing-masing. Boleh potong bulat-bulat dan masuk sekali dengan sayur-sayuran. Pastinya hidangan ni sangat mengenyangkan. Cukup lengkap karbo, protein, sayur dan lemak. :p
Biasanya anak-anak gemarkan makaroni bakar ni. Boleh menambah-nambah dibuatnya. Setakat beberapa kali buat makaroni bakar ni, resepi tak pernah sama. Haha. Kadang letak daging cincang, kalau tak ada, guna ayam dicincang. Pernah juga guna bebola daging. Ikut kreativiti masing-masing.
Okey, kali ni mama kongsi resepi asas makaroni bakar yang mudah.
RESEPI: MAKARONI BAKAR
OLEH: LIN JAMAL
Sepaket elbow makaroni direbus sehingga lembut.
3 tbs butter (utk menumis).
1 biji bawang holland- dicincang.
250g daging cincang.
Black pepper crush - ikut suka. Boleh letak 1 tbs dlu.
2 tbs serbuk kari daging.
1 tin sos carbonara prego.
(ni shortcut. Kalau taknak guna, boleh ganti dengan 1 tbs tepung gandum + 250ml susu).
1 @ 2 tsp English herbs.
1 kiub pati ayam.
Beberapa keping cheese.
(dalam 2-3 keping. Ikut citarasa)
5 biji telur.
(penting utk bagi dia sticky)
Cara masak:
- Cairkan butter, tumis bawang holland.
- Kemudian masukkan daging cincang. Tumis hingga bertukar color.
- Masukkan black pepper, serbuk kari. Gaul sebati.
- Masukkan sos putih prego, kiub ayam.
- (kalau x guna sos putih, masa ni masukkan tepung. Gaul smpai tepung masak, lepastu masukkan susu. Kacau sebati, masukkan kiub ayam).
- Masukkan makaroni yg telah direbus tadi. Gaul rata.
- Masukkan cheese, english herbs. Kalau nampak mcm agak kering, boleh masukkan beberapa senduk air rebusan makaroni tadi.
- Tutup api, masukkan telur satu persatu. Kacau.
- Adunan agak pekat dan sticky.
- Masukkan dalam loyang atau casserole, bakar 180°C selama 40-50minit. Api atas bawah. Jangan lupa renjis sikit minyak kat permukaan atas tadi.
* Oh ya, boleh juga tambah sayur-sayuran seperti lobak (dipotong dadu), Capsicum (dihiris panjang), cendawan butang (dihiris tipis). Masukkan selepas daging cincang.
* Jika sukakan pedas, boleh lebihkan sedikit serbuk kari dan tambah serbuk cili semasa menumis.
* Tak letak garam ke? Biasanya kalau mama masukkan kiub ayam, mama tak letak garam dah. Sudah cukup masin. Boleh rasa selepas telur dimasukkan. Jika perlu, boleh tambah garam ketika ini.
Langkah-langkah penyediaan. Masa ni ada bebola daging saja. Tak menjadi masalah. Hehe. Dalam gambar ni, kurang sticky nampaknya. Kawan-kawan boleh tambah telur untuk bagi dia pekat dan likat.
Texture dia mestilah pejal dan tidak terlerai apabila diceduk.
Biasanya kami makan dengan sos cili.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment