PISANG SALAI CELUP TEPUNG

Korang mesti selalu dengar pisang salai kan.
Tapi, pernah cuba tak pisang salai celup tepung?

Makanan ni memang mengimbau kenangan zaman kecik.
Dulu-dulu, setiap kali balik kampung belah ayah, pasti akan ada menu ini untuk sarapan pagi.
Nikmatnya. 
Memang tak cukup makan 2-3 keping.
Di tambah pula dihidang bersama teh o panas.
Memang ngam!

Ada yang tertanya-tanya ke macam mana rasanya?
Emm rasa manis, lemak pisang berganding dengan rangup dan masin dari tepung tu.
Memang sedap oiii!
Hahaha.

Kebetulan mama balik kampung baru-baru ni, ternampak ada di jual di R&R. Mama pun terus ambil dan terbayang dah ia bakal digoreng bersalutkan tepung rangup.



Pisang salai celup tepung. Krup krap bunyinya.



Nah, inilah hasilnya.
Pisang salai goreng celup tepung krup krap.
Hehe.
Mohon jangan ada yang ngences. 😆


Sebenarnya untuk adunan tepung ni, mama tak ada spesifik resepi.
Semua try and error, dan campak-campak saja ke dalam mangkuk.


Kalau ada yang ingin mencuba, ini anggarannya:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • air (agak-agak adunan pekat, tak terlalu cair)
  • garam secukup rasa.

Tips menggoreng: guna api kecil. Agak-agak tepung dah masak, boleh angkat. Jangan terlebih goreng jika tidak mahu pisang salai pahit.


Selamat mencuba!

Comments

Popular Posts