RESEPI DONUT PANDAN GEBU: DERHAKA STYLE

Anak-anak sis ni suka sangat makan donut. Sis nak mendonut ni kena tunggu angin rajin datang. Kebetulan grandpa Amna dan Nayli ada di rumah, sis pun sebagai menantu mithali 😝 terus merajinkan diri untuk mendonut. Bolehlah buat hidangan untuk minum petang.

Kali ini, sis teringin nak cuba donut versi hijau pula. 
Perasa pandan la. Hehehe. Kan sis cakap sis tengah rajin. Nak buat la kelainan sikit.

Bermulalah sesi mencari resepi di facebook dan terjumpa resepi popular dari Azlina Ina.
Sis pun memulakan operasi mendonut dengan iringan suara dari Nayli dan inilah hasilnya.

Sis rasa, inilah kejadian donut terbaik pernah sis hasilkan setakat 33 tahun ni. Kalau tak, adunan lembik la, sampai susah nak bentukkan. Ni elok pula kejadiaanya. Kembang kempis juga hidung sis. Hahaha.






Dari adunan donut ni, sis buat juga donut cheese. Letak cheese slice je. Terliur tengok gambar donut cheese leleh lalu lalang kat Fb sis. Takkan nak tengok saja kan. Kena la cuba.

Oh ya, sebelum terlupa, ini resepi derhaka ye.
Check it out.



Resepi: Donut pandan gebu Lin's Style
Pengarang: Lin Jamal


Bahan A:

1 cawan air suam.
Sepaket yis (mauripan)
1 tbs gula.
2 tbs susu pekat.
1 tbs marjerin yg dicairkan (tadi guna butter).
1 tsp pes emulco pandan.

Campurkan bahan di atas dan biarkan sehingga naik berbuih (dalam 10-15 minit).



Bahan B:

4 cawan tepung gandum.
1 tbs marjerin (guna butter tadi).
1 tsp baking powder (sepatutnya guna double action baking powder)
Secubit garam.


Cara-cara: 

  • Gaul rata bahan sehingga jadi macam crumb.
  • Kemudian campur bahan A ke dalam bahan B.
  • Uli2 sampai sebati, elastik. Tutup adunan dan biarkan kembang (sejam).
  • Selepas sejam, tumbuk-tumbuk keluarkan angin. Pastu boleh la uli dan bentuk ikut citarasa. 
  • Goreng dengan api perlahan.
  • Salutkan gula.
  • Siap.


Maafkan sis, gambar selepas digoreng tak sempat diambil. Laju kena ngap oleh anak-anak dan sis sendiri. Donut panas-panas ni memang menjadi kegemaran kami. 

Okey, selamat mencuba.

Comments

Popular Posts