SARAPAN PAGI YANG BANTU MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN OTAK

Kita selalu dengar pepatah Inggeris berkata, "Breakfast like a king, Lunch like a queen, Dinner like a princess." Maksudnya di sini pengambilan sarapan yang berat dan berkhasiat sangat digalakkan untuk memulakan hari.

Sarapan merupakan hidangan yang amat penting untuk manusia. Terdapat banyak kajian sains yang menyokong pernyataan ini. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil sarapan pagi yang seimbang yang mengandungi protein dan karbohidrat kompleks dapat membantu menggalakkan fungsi otak.

Apakah sarapan pagi yang membantu menggalakkan perkembangan otak terutamanya untuk kanak-kanak?
Berikut adalah beberapa idea mudah dan cepat untuk menyediakan sarapan pagi yang baik untuk seisi keluarga.



1. Jadi kreatif.

Sarapan pagi tidak semestinya bermaksud telur, nasi lemak, mee goreng atau roti bakar. Mungkin juga boleh cuba memasak semula ayam daripada lauk semalam dan jadikannya inti karipap atau sandwich.



Leftover chicken sandwich




2. Putarkan smoothie.

Kisar beberapa bahan dan anda telah berjaya menyediakan smoothie yang enak. Bahan utamanya yogurt atau susu rendah lemak, buah-buahan seperti pisang, strawberry, avocado, epal dan oren. Anda juga boleh membuat campuran yang mengandungi sayur-sayuran seperti bayam, celery dan lobak. Jangan lupa letak ais untuk rasa yang lagi enak.






3. Telur rebus.

Rebuslah beberapa biji telur kerana ia salah satu pilihan terbaik untuk sarapan pagi yang penuh dengan protein. Rebus telur di sebelah malam dan ia dapat menjimatkan masa anda di sebelah pagi. Hidangkan dengan roti bijirin penuh, salad dan kuah 'dressing' yang sihat. Pastinya hidangan pagi yang sedap, sihat dan mengenyangkan.







4. Mentega kacang tanah.

Sediakan bersama roti bijirin penuh. Jangan lupa untuk memilih mentega kacang tanah tanpa/ kurang gula. Pastinya pilihan yang lebih sihat.



Antara pilihan mentega kacang tanpa gula.



5. Ikan di waktu pagi?

Salmon dan tuna mempunyai kandungan protein yang tinggi sama seperti asid lemak omega 3. Hidangkan salmon atau tuna dengan krim keju bersama roti bagel.



Sandwich tuna? Nyummss




6. Elakkan bijirin bergula.

Bijirin bergula dimakan bersama susu pastinya sedap kan. Tapi awas, gula berlebihan tidak elok untuk tubuh. Amalkan tabiat membaca label pada produk dalam pemilihan bijirin sarapan pagi. Pilih bijirin yang mengandungi kandungan gula yang rendah.



Hati-hati memilih bijirin sarapan anda. Pastikan rendah gula.




Comments

Popular Posts