SHORT GATEAWAY DI BAYOU LAGOON PARK RESORT, MELAKA

Julai 2018, Kakak Amna dijangkiti HFMD. Maka dikuarantin selama seminggu. Itu bermakna mama dan Nayli juga dikuarantin. Seminggu tu lama tau. Lagi-lagi untuk mama yang suka berjalan ni. Hehe.

Nak dijadikan cerita, hencik suami kesian tengok kami ni duk terperap kat rumah.
Jadinya nak bawa pergi bercuti. Plan pun last minute. Hari Khamis dan Jumaat baru sibuk survey dan bertanya. Kriteria tempat penginapan dekat dengan laut. Nak mandi laut lah kiranya. Tapi kebanyakan hotel dan resort penuh.

Mama pun beralih yang ada water park. Jumaat baru dapat cari agent yang jual voucher. Tapi tak sempat la nak pos kan. Nak guna esoknya. Mama buntu dah. Terus cakap dengan hencik suami, kita walk in je la memana hotel nanti. Masa tu memang target nak ke Melaka saja.

Tup tup jumaat malam tu, hencik suami dapat pakej melalui Agoda. Harga lebih kurang dengan yang agent tawarkan. Tak fikir panjang, terus book. Hehe.

Untuk keluarga kecil kami ni, kami book unit studio saja. RM269 termasuk sarapan untuk 2 orang dan 2 tiket masuk ke water park. Amna dan Nayli masuk percuma sebab ketinggian tak lebih 90cm.

Bilik Studio kami


Kami checked in pada pukul 3.30 petang. Cuaca memang panas dan berangin. Jadi kami berehat dulu. Tidurkan anak-anak. Pukul 6 petang baru ke water park.



The slide.
Geram betol nak main. Apakan daya, mampu tengok saja.



Kolam besar 


Nampak kepuasan Amna bermain air setelah seminggu duk terperap di rumah. Ada banyak slide, tapi Amna bermain yang khas untuk kanak-kanak saja. Sejam bermain air tu pun sudah buat dia terketar-ketar sejuk. Tapi gigih lagi nak main. Hihi.


Slide khas untuk kanak-kanak


Wading pool separas buku lali orang dewasa. Sesuai untuk bayi yang dah boleh duduk.


Esok paginya selepas sarapan, sambung main lagi. Kali ni taknak berhenti main pula. Sebab seronok tengok ada ramai kawan main bersama agaknya. Nangis-nangis tak mahu naik. Amna ooo amna.


Another slide. Again, mampu tengok saja.😩


Sepanjang berada di sini, mama berpuas hati dengan servis dan layanan mereka. Sarapan sedap, bilik bersih dan staff juga baik. Mama bagi 4/5 🌟. TQ Bayou Lagoon Park Resort.


Ada lagi satu slide. Agak tersorok.





Untuk yang ingin ke sini, boleh survey pakej di web atau agent. Sesuai bawa family besar ke sini. Bayou Lagoon terletak di Bukit Katil, Melaka. Bersebelahan dengan Gold Coast Melaka. Nak ke Bandar Melaka juga tak jauh. Malam-malam boleh makan asam pedas power. Next post mama kongsi okey.


Nak travel jangan lupa segala barang keperluan anak. 😉


Comments

Popular Posts