TIPS MERANGSANG ANAK BERCAKAP
Disember lalu, Nayli ke klinik untuk temujanji 18 bulan.
Setelah diperiksa tahap perkembangannya, Nayli didapati agak lambat untuk bercakap.
Kalau diikutkan usianya, dia sudah boleh menyebut lebih dari 3 perkataan.
Setakat ini, hanya perkataan 'emak' sahaja yang keluar dari mulutnya. Itu pun jarang-jarang didengar. Melainkan mama tiada di depan mata, barulah 'emakk' itu kedengaran.
Doktor memberi tempoh 3 bulan untuk melihat lagi perkembangan Nayli sebelum di'refer' ke bahagian ENT hospital berhampiran.
Selesai temujanji, mama pun mulalah mencari tips untuk menggalakkan anak bercakap dan dibawah beberapa tips untuk merangsang anak bercakap.
TIPS RANGSANG ANAK BERCAKAP
1. PERBANYAKKAN KOSA KATA YANG MUDAH DAN MESRA BAYI.
Ajar anak menyebut perkataan mudah, satu suku kata dahulu. Perkataan Inggeris lebih mudah disebut seperti head, nose, chin, eye, one, two, three.
Kemudian tambah lagi mengikut perkembangan mereka.
2. SENTIASA MENGULANG PERKATAAN YANG BIASA DISEBUT.
Ulang dan ulang sampai mereka boleh menyebut dengan baik. Anak lebih mudah mengingat apabila mengulang perkataan yang sama.
3. SERING BERBUAL DAN BERINTERAKSI DENGAN ANAK.
Anak-anak ini sebenarnya sangat bijak. Mereka faham apa yang kita cakap. Ibu bapa rajin-rajinlah berbual dengan mereka. Lihat respon mereka. Ia salah satu cara menambah pemahaman kosa kata mereka. Boleh Jadi mereka pula lagi banyak bercakap selepas ini.
4. BEDTIME STORY.
Pilih cerita kegemaran anak dan bercerita dengan intonasi yang menarik.
Sebelum tidur, berceritalah dengan anak anda. Cerita yang ringkas dan mudah difahami. Sediakan buku bergambar yang menarik dan kenalkan objek/ karakter di dalam buku tersebut. Galakkan anak untuk menyebut juga. Pasti anak gemarkannya.
5. KURANGKAN PENGGUNAAN GADGET.
Seperti yang kita sedia maklum, pendedahan yang terlalu awal gadget kepada anak-anak akan memberi kesan yang kurang baik. Tiada perbualan 2 hala jika terlalu fokus dengan gadget.
Anak jadi 'tenggelam' dalam dunia mereka. Elakkan ini.
Ajak mereka berinteraksi walaupun sedang menonton gadget.
Tanya soalan seperti, "Apa itu, Untuk apa".
Kawal penggunaan gadget 1 jam sehari.
6. LAKUKAN AKTIVITI MENARIK BERSAMA ANAK.
Sertai mereka bermain. Anak-anak gembira dengan penglibatan ibu bapa seperti main masak-masak, menyusun blok, mewarna, menampal kertas, membuat eksperimen mudah, bermain pasir dan sebagainya. Sambil bermain, boleh kenalkan anak dengan warna, bentuk. Minta mereka sebut.
7. LIBATKAN ANAK DENGAN AKTIVITI HARIAN.
Ajak anak melakukan kerja-kerja yang mudah. Minta mereka buat dengan cara mereka. Menyapu jem di roti, memasukkan baju ke dalam mesin basuh, menyidai baju, menyiram pokok, berkebun dan sebagainya.
Semasa melakukan aktiviti ini, berinteraksilah dengan mereka. Minta idea mereka, pelbagaikan intonasi suara dan wujudkan keseronokan ketika membuat aktivit tersebut.
8. GUNAKAN BAHASA YANG BAIK.
Big NO untuk perkataan yang tidak sedap didengar.
Ibu bapa adalah role model bagi anak-anak. Sebutlah perkataan yang baik-baik saja. Tidak perlu mengherdik dan menegking. Ia akan membuatkan anak lebih takut untuk berbicara.
9. DOA
Berdoalah. Ini senjata kita. Minta pada Tuhan. Ibu bapa boleh cuba amalkan membaca:
a) Surah Toha, ayat 25-28.
b) Surah An-nisa', ayat 164.
Setakat ini, belum ada perubahan ketara dari segi percakapan Nayli. Sebelum ini mama perasan, Nayli macam malu untuk melontarkan suara. Sekarang sudah mahu berkata-kata bahasa 'bababa' nya. Bab menangis, tidak pula segan silu menjerit. Hahaha.
Okey, doakan mama istiqamah untuk mengeluarkan emas dari mulut Nayli.
Adakah Nayli akan jadi lagi 'kepoh' dari kakaknya?
Kita tunggu..
Tak sabar nak borak macam-macam dengan anak.












Comments
Post a Comment