RESEPI DAGING TUMBUK MUDAH DAN SEDAP

Menu daging tumbuk ni biasanya dibuat ketika raya atau ada majlis-majlis tertentu. Kenapa? Sebab ada banyak step yang perlu dibuat. Berpeluh juga kalau sorang-sorang buat. Nak buat memang ambil masa, tapi bila makan tu, sekejap saja dah licin. Haha.

Dulu-dulu, kalau nak masak daging tumbuk ni, abang sis yang ambil tender bahagian menumbuk tu. Ye lah, kalau sekali buat 3 kg daging, maunya sado tangan sis nanti. Hihi.

Yang menariknya menu ini, ia lambat basi. Mungkin juga sebab proses memasak tu 3 kali. Tapi biasanya kalau dalam famili sis tu, semua berhantu bila makan. Tak ambil lauk lain dah.

Daging tumbuk ini sedap dimakan bersama nasi impit dan sambal goreng jawa style. Tapi kalau makan dengan nasi putih pun masih umpp!

Masa majlis kahwin sis dulu, mak ada sediakan menu ini untuk sajian keluarga pengantin lelaki. Selepas majlis tu, ada makcik-makcik yang bertanya macam mana nak buat. Itu kali pertama mereka makan dan komen pastilah sedap. Kalau tak, takkan minta resepi kan. 😄 Sis masa tu memang tak pernah masak daging tumbuk ni. Apa lagi, tergagap-gagap sis nak jawab. Hahaha. Tapi kalau sekarang makcik tu nak bertanya, bolehlah sis jawab dengan lancar. Hehe.

Disebabkan beberapa hari lepas, biras sis ada minta resepi daging tumbuk ni dan kebetulan ada lagi baki daging dalam peti sejuk, maka datanglah angin rajin sis untuk ambil gambar satu persatu prosesnya. Sis buat dalam kuantiti sikit je. Cukup untuk 2-3 kali makan.

Okey, inilah bahan-bahan yang diperlukan:


RESEPI DAGING TUMBUK SEDAP DAN MUDAH.
by: Lin Jamal

Bahan-bahan:

Bahan A:
1/2 kg daging.
1 inci halia (hiris)
Kicap.

Bahan kisar:

1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
1/2 inci halia
1 tbs cili kisar.

Bahan C:
1 batang serai.
1 keping asam keping (saiz kecil).
2-3 helai daun limau purut.
1 1/2 tbs Gula.
Garam (jika perlu).

Bahan-bahan nampak sikit je kan. Jadi di mana cabaran membuat menu ini. Hihi.
Jom tengok cara-caranya pula.


Cara-cara:

1) Rebus daging bersama halia (dihiris) hingga agak-agak hilang semua darah. Anggaran setengah jam.
2) Kemudian sejukkan sebentar sebelum dipotong.
3) Potong daging tipis. Macam kita nak buat daging kicap tu.
4) Tumbuk daging yang telah dipotong tadi. Agak-agak separuh kenyal dan hancur.
5) Daging yang telah ditumbuk, gaulkan dengan kicap. Anggaran kicap adalah sehingga ia mampu menyerap elok daging. Tidak perlu sampai berkuah.
6) Setelah itu, panaskan minyak dan goreng seketika daging. Jangan sampai kering. Teksturnya separuh lembut, separuh pejal. Kuantiti minyak seperti menggoreng ayam.
7) Angkat daging dan ketepikan.
8) Kurangkan minyak bekas gorengan daging tadi, dan tumis bahan-bahan kisar di atas dan serai. Kemudian masukkan gula. Goreng sehingga pecah minyak.
9) Tambahkan sedikit air dan tunggu sehingga mendidih.
10) Masukkan asam keping dan daging tadi. Kacau rata.
11) Masukkan daun limau purut.
12) Akhir sekali perasakan dengan garam jika perlu. 

Biasanya sis hanya tambah secubit saja garam sebagai syarat sebab kicap sudah cukup masin.

Boleh lihat cara-cara bergambar di bawah.
Gambar daging direbus je sis tak sempat nak snap. Harap korang tak sesat jalan ye. Hihi.


Tumbuk daging sehingga dapat bentuk begini.

Letak kicap agak-agak boleh menyaluti daging. Tak perlu sampai banjir.

Gaulkan sekata seperti ini.

Goreng seketika daging tadi. Tidak perlu lama. Agak sedikit keras saja.

Gunakan minyak gorengan tadi (kurangkan sedikit) untuk menumis bahan-bahan kisar dan serai.

Masukkan gula.

Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air dan tunggu sehinga mendidih.

Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama asam keping. Gaul rata dan masukkan daun limau purut pula. Gaul sebati. Perasakan garam jika perlu.

Daging tumbuk siappp. Sedia untuk dimakan.


Bagaimana rasanya?
Ada pedas, manis, masin dan sedikit saja masam. Well balance kata orang.

Tapi sis nak pesan, kalau nak makan sekeluarga, 7-8 orang dewasa, eloklah korang masak 2 kg terus. Takut kang menyesal pulak masak sikit-sikit ni. Tau-tau dah habis. Hehe. Jangan lupa ajak abang sado minta tumbukkan daging tu. Barulah merasa air tangan bersama. Kan lagi meriah tu.

Selamat mencuba!😉

Comments

  1. Nampak sedap ni😍. Bila2 nsnt boleh cuba😁

    ReplyDelete
  2. Dh cuba....mmng sedap giller...tp daging tu klu daging biasa kena rebus bg lembut dlu, klu x susah nk tumbuk dn kenyal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts