SLEEPTIME BALM UNTUK BANTU ATASI MASALAH TIDUR ANAK.

Seperti kita sedia maklum, tidur yang cukup sangat penting untuk tumbesaran anak. Bukan itu saja, tidur yang cukup juga dapat mempengaruhi emosi anak. Lihat saja kalau anak cukup tidur, pasti bangun dengan mood yang ceria dan tidak banyak ragamnya. Ye lah. Sudah cukup tidur dan rehat. Bateri penuh! Bersiap sedialah wahai ibu. 😄

Bagaimana pula dengan anak yang kurang tidur dan rehat?

Pasti banyak ragamnya. Itu tidak kena, ini tidak kena. Nak melekat dengan ibu saja. Sukar untuk ibu melakukan kerja dan habis lari jadual harian.


Ada yang anak sentiasa meragam sebab tak cukup tidur?


Melihatkan ramai ibubapa mengalami masalah anak sukar tidur ini, Tasneem Naturel mengambil inisiatif untuk menghasilkan balm semulajadi yang membantu anak lebih mudah tidur dan mendapatkan rehat yang cukup.





SLEEPTIME Balm ni memang best tau.

Sapu-sapu saja lena. Apa yang ada di dalam balm ini?

Kandungan Sleeptime Balm.


Kandungan minyak pati (essential oil) yang  terdapat di dalam Sleep time balm.


8 jenis minyak pati tumbuhan yang digunakan di dalam balm ini. Ia terdiri daripada Vetiver, Ylang Ylang, Bergamot, Lavender, Orange, Cedar Wood, Roman Chamomile dan Marjoram.

Sedia maklum, Lavender banyak digunakan dalam pelbagai terapi. Ia berfungsi memberi isyarat rileks dengan memperlahankan aktiviti sistem saraf. Essential oil (EO) lavender dalam Sleeptime Balm membantu meningkatkan mood tidur dan penumpuan fokus.

Selain Lavender, EO Ylang ylang juga digunakan. Ia membantu mengawal tekanan darah, mengawal corak pernafasan dan mengurangkan adrenalin, sekaligus membantu melawan serangan panik, kebimbangan, kemarahan dan ketakutan.

EO Cedar Wood terkenal dengan fungsinya yang merangsang perembesan hormon melatonin (hormon tidur). Ia membantu menimbulkan perasaan untuk tidur itu.

EO Marjoram bersifat menenangkan. Ia banyak digunakan untuk merawat masalah kemurungan. Ia bertindak terhadap sistem saraf dan seterusnya memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular dengan meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.

EO bergamot digunakan untuk mengurangkan ketegangan otot. Aromanya yang segar merangsang ketenangan dan rasa relaks dalam diri. Selain itu, bergamot juga banyak digunakan dalam pembuatan minyak wangi.

Mesti anda nak tahu apakah bau balm ni kan?

Okey, mengukit deria rasa hidu sis, Sleeptime balm ini berbau lavender. Sangat menenangkan.


Fungsi Sleeptime Balm


Sleeptime balm ini berfungsi untuk membantu atasi masalah tidur anak. Dengan pemakaian balm ini, ia membantu anak mendapatkan tidur yang berkualiti seterusnya membantu perkembangan emosi yang baik. 

Jika anak cukup tidur, bukan anak saja yang dapat manfaatnya, ibu juga pasti terkesan dan dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih ceria dan teratur.

Lena betul! Penangan Sleeptime balm.

Cara pemakaian Sleeptime balm.

Untuk Sleeptime balm, ada beberapa point yang boleh disapu iaitu nadi belakang telinga, pergelangan tangan, tapak kaki dan tulang belakang. Cara sapuan cukup hanya dengan sapuan tipis sahaja. Boleh disapu selepas mandi atau sebelum sampai waktu tidurnya.



Testimoni 


"Alhamdulillah, baby dah okey tidur malam. Cuma bangun kalau lapar dan diaper penuh je.

Lega sangat. Ibu dah boleh tidur malam. Kalau tak, memang tak boleh tidur langsung. Sampai tekanan darah tinggi gara-gara baby tak mahu tidur. Lepas sapu balm Tasneem, baby tidur lena je."

- Puan Aisyah, pengguna Sleeptime balm.



"Alhamdulillah, dah okey berbanding dulu. Tidur pun lama. Lepas minum susu pun senang je tidur balik. Kalau dulu, minum susu je mata terus segar tengah-tengah malam tu."

- Pengguna Sleeptime balm.




"Assalam, saya pakaikan sleep kat baby, 10 minit je. Berkesan. Baby tidur lama."
Pengguna Sleeptime Balm.


Ramai ibu-ibu yang mengadu pada sis perihal masalah tidur anak mereka ini. Ada yang memang menjadi tabiat/ rutin setiap hari tidur lambat. Ada juga kes, makin mengantuk, makin aktif anak tersebut. Kebiasaannya kami mencadangkan gandingan 2 balm ini untuk kesan yang lebih baik.

Mengapa perlu Calmtime juga?
Anak yang sedang aktif, tidak boleh terus disapu Sleeptime balm. Ia tak akan memberi kesan yang sewajarnya. Elok disapu Calmtime balm untuk beri dia rasa tenang dahulu.
Lihat anak sudah perlahan aktivitinya, bolehlah disapu Sleeptime pula. InsyaAllah lena sampai pagi.

Gandingan mantap untuk masalah ragam dan tidur anak.

Wahai ibu bapa, ingatlah bahawa keperluan tidur yang cukup sangat penting untuk perkembangan anak anda. Siapa yang tidak mahu anak sihat dan ceria bukan. Jika anda menghadapi masalah seperti di atas, ayuh jangan berlengah lagi. Kita bicara hati ke hati. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi sis seperti di bawah:


Lin Jamal
Trusted Agent Tasneem Naturel


Comments

Popular Posts