PERSEDIAAN BERSALIN: APA YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL

Terujanya mahu menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga. Lagi-lagi kalau ianya anak pertama. Penantian yang bertahun-tahun, pasti membuatkan bakal ibu bapa mahu melakukan yang terbaik.

Seawal kandungan 20 minggu, bakal ibu bapa sudah boleh menyediakan beberapa keperluan bagi bayi yang akan lahir. Sangat digalakkan untuk membuat tabung khas agar ibu bapa dapat bersedia dari awal. Ketika mengandungkan anak pertama dahulu, sis mula menabung ketika usia kandungan 10 minggu. Mula membeli barang keperluan baby sekitar 25 minggu dan ke atas. Sedar tak sedar beratus juga sekali shopping tu. Nasib baik dah sediakan duit tabung, tak adalah rasa terbeban sangat.

Haa jangan lupa! Persediaan untuk ke hospital juga perlu disediakan awal. Biasanya doktor akan memesan untuk menyediakannya seawal usia kandungan 28 minggu. Sediakan dalam satu beg khas yang mudah dibawa dan disimpan dalam kereta. Apakah barang-barang yang perlu di bawa ke hospital?






BARANG-BARANG PENTING

Barang Ibu:
  • Borang pendaftaran/ maklumat insurans.
  • Buku rekod kehamilan.
  • Baju persalinan ibu. Sangat digalakkan baju yang mesra menyusu.
  • Pakaian dalam.
  • Stokin dan selipar.
  • Peralatan mandi - sabun mandi, berus gigi, toothpaste.
  • Tuala wanita.
  • Telefon bimbit.
  • Termos.
  • Snek sihat untuk kudapan selepas bersalin.

Pastikan barang-barang berharga dan penting di dalam simpanan suami anda. Kalau pakai barang kemas, buka dahulu sebelum bergerak ke hospital. Ic dan dompet biarlah suami yang pegangkan. Hanya bawa handphone saja. Ye lah. Bukan selalu suami ada di sisi kita kan. Mungkin ketika suami turun sebentar ke bawah, masa tu la kita alami kontraksi kuat. Nak pegang tangan siapa kalau bukan suami kan. Hehe.

Okey, sekarang kita lihat barang untuk baby anda pula.

Barang bayi:
  • 2-3 helai persalinan bayi.
  • Kain napkin/ Selimut.
  • Lampin pakai buang.
  • Tisu basah.
  • Minyak telon bayi atau Trub balm.
  • Set mandian dan minyak urut bayi.

Kredit pic to hellosehatdotcom

Semoga perkongsian sis ini dapat memberi idea kepada anda dalam membuat persiapan menyambut bayi yang bakal lahir kelak. Teringat ketika bersalin anak pertama dahulu, sis terlupa nak bawa wipe tissue. Bila anak berak, blur nak buat apa. Nasib baik ada jiran sebilik yang baik hati bagi sis wipe tissue tu. Lepas tu apa lagi, terus message husband minta belikan wipe tissue.

Ingatkan itu saja yang sis lupa, termos pun sis lupa nak beli. Haha. Bila pagi-pagi makcik yang edarkan makanan tu tanya nak air panas tak, tapi sis tak ada termos, makanya isi air panas dalam cawan saja la. Itu pun ihsan makcik tadi juga. Lucu bila diingat balik. Ye lah, anak pertama kan. Banyak yang perlu belajar. Sis memang terlupa betul bab termos ni. Acah-acah boleh minum air sejuk. Hihi.

Bila bersalinkan anak kedua, sis lebih bersedia. Tak ada barang tertinggal dah. See, pengalaman mengajar kita kan.😄

Comments

Popular Posts