7 Petua Hilangkan Batuk dan Selsema Anak



Musim panas yang berpanjangan ini pastinya mengundang pelbagai penyakit. Antara yang biasa ialah batuk dan selsema.

Bagi kanak-kanak, purata untuk dijangkiti penyakit ini adalah 8-12 kali setahun. Ibubapa perlu mempersiapkan diri dengan cara dan tindakan yang boleh diambil.

Berikut adalah beberapa petua untuk hilangkan batuk dan selsema anak

1. Suhu bilik.

Cuaca yang agak panas kebelakangan ini pastinya membuatkan penggunaan pendingin hawa yang kerap. Tetapi udara yang kering dari pendingin hawa ini akan menyebabkan tekak gatal dan seterusnya batuk.

Kurangkan penggunaan pendingin hawa dan wujudkan pengaliran udara yang baik. Buka tingkap rumah anda dan hiruplah udara segar. Boleh juga memasang penapis udara untuk kesan yang lebih baik.




Sediakan ruang yang nyaman dan selesa untuk anak anda.

2. Rehat yang mencukupi.

Anak memerlukan rehat yang cukup untuk memastikan tubuh badannya pulih dan aktif seperti sediakala. Pastikan anak dapat tidur yang mencukupi dalam sehari.

3. Penyedutan wap.

Bagaimana kaedah penyedutan wap ini:
a) Isikan mangkuk besar dengan air panas (dengan stim).
b) Dekatkan kepala anak anda dengan mangkuk.
c) Letakkan tuala besar di atas kepalanya.
d) Galakkan anak anda untuk menyedut seberapa banyak stim yang boleh.

Wap yang disedut membantu melegakan kesesakan hidung terutamanya yang disebabkan oleh lendir.
Tapi AWAS! Hati-hati dengan air panas ini.

Ada juga petua yang mencampurkan bawang putih yang dilenyek bersama sedikit minyak ke dalam air panas ini.


Awasi anak anda.

4. Minum air yang mencukupi.

Galakkan anak untuk minum air kosong sebanyak yang boleh.

Pengambilan air yang disyorkan mengikut peringkat umur oleh Institut Perubatan Akademi Kebangsaan:

a) 0 – 6 bulan: 700 ml (susu formula atau susu ibu)
b) 7 – 12 bulan: 800 ml
c) 1 – 3 tahun: 1300 ml
d) 4 – 8 tahun: 1700 ml

Pengambilan air yang mencukupi adalah untuk memastikan anak anda sentiasa terhidrat dan ia membantu anak pulih dengan lebih cepat.



5. Menggunakan madu.

Berikan ½ sudu teh madu sebelum waktu tidur.
PERINGATAN: Madu hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas.
Ini kerana madu berkemungkinan mengandungi kuman bakteria yang boleh menghasilkan botulisme. Botulisme boleh meracuni bayi bawah umur setahun kerana usus bayi yang belum cukup matang.

6. Tinggikan kepala bayi.

Cara ini untuk membantu anak bernafas dengan lebih selesa. Ia juga mengurangkan kekerapan batuk. Gunakan bantal yang kecil atau gulungan tuala untuk meninggikan kepala anak.

Jika anak menunjukkan simptom yang lebih teruk, segeralah rujuk doktor anda.

7. Penyembur hidung.


Membersihkan laluan hidung anak mengikut masa akan membantu menghilangkan lendir dan hingus yang tidak diingini. Gunakan penyembur hidung yang ada dijual di farmasi bersesuaian dengan umur anak. Dapatkan nasihat ahli.

Proses penyemburan hidung ini membantu mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan mukosa yang dijangkiti virus di dalam saluran pernafasan.

Selain itu, ibu juga boleh menggunakan CF-rub balm dari Tasneem Naturel ini untuk kesan yang lebih baik.
Cf-rub membantu melegakan hidung tersumbat dan ketidakselesaan akibat batuk dan selsema.


Comments

Popular Posts