PETUA CAIRKAN KAHAK MENGGUNAKAN BARANG DI DAPUR.
Sudahlah batuk tak henti-henti, berkahak pula. Pastinya membuatkan kita rasa tak selesa kan. Tekak perit dan gatal. Mengganggu urusan seharian dan ketenteraman awam. Adakala ubat batuk sudah habis berbotol-botol, masih juga tidak reda.
Apa kata kita cuba petua yang menggunakan bahan-bahan di dapur ini. Sis ada pengalaman batuk yang berpanjangan. Melihatkan keadaan sis, mak menyuruh mencuba petua perahan lemon ditambah dengan madu. Alhamdulillah lega. Sedap pun sedap. Selain lemon, ada beberapa petua lain untuk mencairkan kahak.
Jom kita lihat beberapa petua cairkan kahak menggunakan barang di dapur.
1. Bawang putih.
Bakar sebiji bawang putih (beserta kulitnya). Agak-agak sudah layu, buang kulit dan lenyek bersama minyak zaitun. Boleh sapu di tapak kaki dan leher. Untuk bayi dan kanak-kanak, eloklah disapu pada tapak kaki dahulu. Jika tiada tanda kulit terengsa, bolehlah sapu pada dada.
2. Madu.
Campurkan 2 sudu teh madu bersama air suam dan perahan lemon atau limau nipis. Ia membantu melegakan tekak dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak. Ini kerana madu adalah makanan Sunnah yang bersifat antioksidan dan anti-inflamasi.
3. Halia.
Rendam hirisan halia bersama beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas. Campurkan sedikit madu. Amalkan 2 kali sehari.
6. Aiskrim vanilla.
Petua paling sedap ni. Kan? Selain sedap, aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit tekak. Rasa nyaman je kat tekak kan.
7. Air kosong.
Apa yang paling penting, perlulah banyakkan minum air kosong. Ia ubat paling murah dan semulajadi. Air kosong membantu mencairkan kahak serta membuat dinding saluran tekak lembap. Tiada lagi tekak kering dan gatal.
Petua-petua di atas tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.
Nak petua lagi mudah? Gunalah Balm Cf-rub dari Tasneem Naturel ini. Ia selamat digunakan untuk bayi dan orang dewasa.
Comments
Post a Comment